Ku menelan segala kepahitan dan teruskan juga hidup
Sekarang ku menanti dengan harapan yang tinggi pada sesuatu yang
belum pasti
Setiap hari ku meneka-neka apakah yang bakal ku hadapi esok
Ku masih boleh bergembira dengan kawan-kawan walaupun
hakikatnya gelora hati ku tak siapa yang tahu.
Ku susun semula perasaan cinta dan sayang untuknya walaupun
dah dikecewa
Ku pujuk sendiri hati ku yang rajuk
Ku rawat sorang-sorang luka di hati
Ku dendang sendiri hati ku yang sepi
Semuanya ku lakukan kerana perasaan cinta kasih dan sayang yang
tulus dari hati yang suci dan tidak berbelah bagi itu
Selagi perasaan itu wujud kuat dalam hati ku, selagi itulah ku akan
menanti dengan penuh sabar. Menanti sesuatu yang belum pasti itu.
InsyaAllah kesabaran ku itu pasti akan berbayar.
Sesungguhnya hanya DIA yang menentukan segalanya
9/6/11 1:08AM
No comments:
Post a Comment