Kau telan segala kepahitan dan teruskan hidup..Sekarang kau menanti dengan harapan yang tinggi pada sesuatu yang belum pasti..Setiap hari kau meneka-neka apakah yang bakal kau hadapi esok..Kau masih boleh bergembira bersama teman-teman walaupun hakikatnya gelora hati kau tak siapa yang tahu..Kau beri lagi ruang untuknya sedangkan hati kau penuh diisi dengan kecurangannya..Kau susun semula perasaan cinta dan sayang walaupun dah diselerakkan berkali-kali..Kau pujuk sendiri hati kau yang rajuk..Kau rawat sorang-sorang luka di hati..Kau dendang sendiri hati kau yang sepi..Semuanya kau lakukan kerana perasaan cinta kasih dan sayang yang tulus dari hati yang suci dan tidak berbelah bagi itu..Selagi perasaan itu wujud kuat dalam hati kau, selagi itulah kau akan menanti dengan penuh sabar..Menanti sesuatu yang belum pasti itu.
InsyaAllah kesabaran kau itu pasti akan berbayar.